Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu
Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga.
Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang
yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan
permintaannya.” (HR Muslim).
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang
paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih
besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at
itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam
dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu
juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di
mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga
akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)
Rasulullah SAW
berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia
akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan
hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah
akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10
kali) ". (HR Al Baihaqi)
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka
perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu
ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah,
bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah
hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan
tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan
Ibnu Majah).
Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang
berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat
Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan),
maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari
Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada
hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon
sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di
akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)
Rasulullah s.a.w
bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari
jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari
fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)
Rasulullah
s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke
Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya
selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan