Rabu, 23 Mei 2012

Kelebihan Selawat cerita dari Rasulullah

Kelebihan Selawat cerita dari Rasulullah




Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kisah yang akan berlaku
kepada seorang lelaki pada hari kiamat nanti. Sabdanya:

Apabila berlaku hari kiamat, seorang lelaki umatku diarah pergi ke suatu tempat.
Apabila hampir sampai ke pintu neraka, sambil menangis, orang lelaki itu bertanya kepada para malaikat,
"Ke manakah aku hendak dibawa pergi, wahai Mailakatul-Rahman?"
"Ke neraka," jawab para malaikat.
"Tinggalkan aku menangis bersendirian di sini untuk menyesali diriku," ujar lelaki itu.
"Sepatutnya dulu, engkau menangis di dunia. Pada hari ini, menangis tidak bermanfaat lagi," jelas para malaikat.

Lelaki itu berkata lagi, "Wahai Malaikatul-Jabbar. Aku ini anak Adam. Tidak tahan aku dengan panas api neraka.
Kalau sejuk, aku tidak tahan dengan sejuknya. Aku dari umat Muhammad s.a.w.
Tidakkah ada bagiku sesuatu harapan dari Tuhanku?"
"Apa harapan engkau dari Tuhan engkau?" tanya para malaikat.
"Aku tidak diseksa bersama Yahudi dan Nasrani," jawab lelaki itu.
"Itu Muhammad s.a.w di hadapan Tuhan Al-Jabbar. Serulah engkau kepada Nabimu itu.
Jika tidak kami akan lemparkan engkau ke neraka bersama dengan yang lain," ujar para malaikat.

Lelaki itupun segera berseru, "Ya, Muhammad! Ya, Rasulullah!"

Aku(Rasulullah) mendekati lelaki itu. Lalu bersabda kepada para malaikat, "Wahai Malaikatul-Rahman. Hantarlah kembali orang ini ke daun Mizan."
"Ya, Muhammad. Sesungguhnya kami diperintah oleh Allah Taala, dan kami tidak mahu mengingkari perintah itu," jawab para malaikat.

Aku segera tunduk dan sujud kepada Allah Azza wa Jalla serta mengangkat sembah, mengadukan hal itu kepada-Nya. Dengan syafaatku, lelaki itu dihantar semula ke daun Mizan untuk ditimbang pahala dan dosanya. Akhirnya dengan syafaatku juga lelaki itu diperintahkan Allah Taala masuk ke syurga. Aku kemudiannya bersabda kepada lelaki itu, "Kenalkah engkau siapa aku?"

"Wajah engkau yang elok dan baumu yang harum, siapakah engkau yang sebenarnya?" tanya lelaki itu.
Aku bersabda, "Akulah Nabi engkau, Muhammad. Bacaan selawat engkau di dunia untukku telah diberkati oleh Allah Taala."

Lelaki itu tunduk dan menangis. Lalu berkata, "Wahai Muhammad Rasulullah. Tanpa engkau dan selawatku untuk engkau, nescaya aku dilontarkan ke neraka bersama ahli neraka yang lain."

Wallahu a'lam - Hadith riwayat Nafi daripada Ibn 'Umar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan